Make your own free website on Tripod.com

Home

Apa itu inersia?
Situasi tentang inersia
Hubungan antara jisim dengan inersia
Contoh Eksperimen
Inersia dalam kehidupan
Latihan
Prinsip Inersia
Latihan

Soalan

1. Terangkan mengapa

      a) lori yang penuh dengan muatan mengambil masa yang lebih lama untuk

          berhenti.

      b) kereta api memerlukan satu jarak yang jauh untuk berhenti.

      c) pelantar gerudi minyak dibina daripada tiub-tiub keluli yang

         menyambungkan pelampung-pelampung besar ke dasar laut.

 

2. Sebuah kereta mainan yang membawa sebuah kotak pensel bergerak ke

    arah sebuah penahan yang pegun.

      a) Nyatakan apa yang akan berlaku kepada kotak pensel apabila kereta

          mainan itu berlanggar dengan penahan itu. Mengapa?

      b) Banding kesan yang akan diperhatikan jika kereta mainan itu bergerak

          dengan halaju yang lebih tinggi.

 

 (Jawapan di bawah)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jawapan

 

1. a) Jisim lori yang penuh dengan muatan adalah besar. Oleh itu, inersianya

        besar.

    b) Jisim kereta api adalah besar dan mempunyai inersia yang besar.

    c) Tiub-tiub keluli mempunyai jisim yang besar. Oleh itu, pelantar minyak

        tidak mudah digerak oleh arus air.

 

2. a) Kotak pensel akan terhumban ke hadapan. Sifat inersia kotak pensel yang

       pada asalnya dalam keadaan bergerak mengekalkan gerakannya walaupun

       kereta telah dihentikan.

   b) Kotak pensel itu akan bergerak dengan halaju yang lebih besar dan

       terjatuh pada jarak yang lebih jauh dari penahan.

 

Oleh Yap Li Peng. 4 Alfa / 2003