Make your own free website on Tripod.com

Home

Apa itu inersia? | Situasi tentang inersia | Hubungan antara jisim dengan inersia | Contoh Eksperimen | Inersia dalam kehidupan | Latihan
Prinsip Inersia
Contoh Eksperimen

Mencari hubungan antara jisim dengan inertia

ship.jpg

Seorang nelayan memerhatikan bahawa jisim bahan muatan kapalnya akan mempengaruhi masa yang diambil untuk menggerak atau menghentikan kapal itu.

Hipotesis      : Semakin besar jisim sesuatu objek, semakin besar inersia objek

                      itu.

 

Radas dan Bahan : Neraca inersia, pemberat seperti batang logam atau

                               plastisin, pengapit-G, jam randek.

 

Pemboleh ubah a) dimanipulsikan           : Jisim pemberat

                          b) bergerak balas           : Tempoh ayunan pemberat

                          c) dimalarkan                 : Amplitud ayunan dan kekerasan

                                                                bilah keluli/gergaji.

 

Prosedur :

 

1.      Radas disusun seperti dalam rajah.

2.      Pemberat dengan jisim m dipasangkan pada hujung neraca.

3.      Hujung bilah keluli dengan pemberat itu disesarkan sedikit secara mengufuk dan dilepaskan supaya berayun.

4.      Masa untuk 10 ayunan lengkap ditentukan dengan jam randek dan dicatatkan.

5.      Prosedur 2 hingga 4 diulangi untuk 4 nilai m yang berlainan.

 

Keputusan :

 

Jisim m (g)

30

40

50

60

70

Masa 10 ayunan lengkap t (s)

4.1

4.8

5.5

6.1

6.5

Tempoh ayunan lengkap T= t/10 (s)

0.41

0.48

0.55

0.61

0.65

 

Kesimpulan : Semakin besar jisim sesuatu objek, semakin besar inersia objek

                      itu. Hipotesis dibuktikan benar.

 

eks.jpg

Oleh Yap Li Peng. 4 Alfa /2003