Make your own free website on Tripod.com
Prinsip Inersia

Home

Apa itu inersia? | Situasi tentang inersia | Hubungan antara jisim dengan inersia | Contoh Eksperimen | Inersia dalam kehidupan | Latihan
Inersia dalam kehidupan

cat.jpg

  1. Seekor kucing mengeringkan bulunya yang basah dengan menggerakkan badannya dengan cepat.

 

  1. Selepas badan kucing itu berhenti bergerak, air yang berada di atas badan akan terus bergerak kerana sifat inersianya.

 

  1. Dengan itu, air akan terlepas dari bulu badan kucing.

  1. Payung dapat dikeringkan dengan memutarkannya dengan tangan.

 

  1. Apabila payung diputarkan, titisan air pada permukaanya bergerak bersama.

 

  1. Apabila payung dihentikan dengan tiba-tiba, inersia titisan air menyebabkan titisan air terus bergerak dan meninggalkan payung.

unbrella.jpg

 

cci.gif

  1. Penumpang dalam kereta terhumban ke belakang apabila kereta yang pegun memecut dengan mendadak.

 

        Penumpang pada awalnya dalam keadaan pegun.

        Apabila kerata memecut, inersia penumpang cuba mengekalkan gerakannya.

 

  1. Penumpang dalam kereta terhumban ke hadapan apabila kereta sedang bergerak berhenti dengan mendadak.

 

        Penumpang pada asalnya sedang bergerak.

        Apabila kereta berhenti dengan mendadak, inersia penumpang cuba mengekalkan gerakannya.

 

  1. Bagi mengurangkan kesan inersia, alat-alat yang berikut boleh dipasangkan pada kereta:-

 

        Tali pinggang keledar yang mengikatkan penumpang pada kerusi akan mengelakkan penumpang daripada terhumban ke hadapan.

        Beg udara. Dalam masa singkat semasa perlanggaran, beg udara dipasangkan di bahagian hadapan penumpang untuk melindungi penumang daripada berlanggar dengan bahagian depan kereta.

 

 

Oleh Yap Li Peng. 4 Alfa / 2003