Make your own free website on Tripod.com



Prinsip Inersia
Situasi tentang inersia

hammer.gif

Situasi I

.

  • Sebuah kepala tukul boleh diketatkan kepada pemegang kayunya dengan menghentakkan bahagian bawah pemegang kayu ke atas satu permukaan yang keras.

 

  • Apabila tukul itu dihentak ke atas permukaan yang keras dengan tiba-tiba, inersia kepala tukul itu menentang perubahan keadaan asalnya iatu bergerak. Dengan itu, kepala tukul dapat diketatkan.

Situasi II
  • Apabila botol sos tomato itu digerakkan secara cepat ke arah makanan, sos tomato di dalam botol turut bergerak bersama.

 

  • Apabila botol diberhentikan secara tiba-tiba, sos tomato do dalamnya akan dipaksa keluar.

 

  • Inertia sos tomato itu menentang perubahan keadaan asalnya iaitu, keadaan bergerak. Dengan itu, sos tomato terus bergerak sehingga keluar dari botolonya..

bottle.jpg

truck.gif

Situasi III
  • Apabila lori bergerak, tangga di atas lori tersebut juga bergerak bersama-sama.

 

  • Apabila lori itu berhenti dengan tiba-tiba ketika melanggar kereta di hadapan, tangga di atas lori terhumban ke hadapan.

 

  • Inersia tangga itu menentang perubahan keadaan asalnya, keadaan bergerak. Dengan itu, tangga meneruskan gerakannya ke hadapan.

Situasi IV
  • Apabila buku di tengah satu longgok disentap, buku yang lain di atasnya akan jatuh ke bawah.

 

  • Inersia buku-buku di atas yang pegun, menentang perubahan dalam keadaan pegun, maka apabila buku di tengah disentap, buku-buku di atas tidak bergerak bersama.

books.jpg

Home

Apa itu inersia? | Situasi tentang inersia | Hubungan antara jisim dengan inersia | Contoh Eksperimen | Inersia dalam kehidupan | Latihan

Oleh Yap Li Peng . 4 Alfa  2003