Make your own free website on Tripod.com
Prinsip Inersia
Apa itu inersia?

Home

Apa itu inersia?
Situasi tentang inersia
Hubungan antara jisim dengan inersia
Contoh Eksperimen
Inersia dalam kehidupan
Latihan

Penerangan tentang inersia...

1.      Inersia merupakan sifat semula jadi suatu objek yang cenderung untuk menentang sebarang perubahan keadaan asalnya, sama ada keadaan pegun atau keadaan bergerak.

 

2.      Sifat inersia sesuatu objek dinyatakan dalam hukum gerakan Newton pertama.

 

3.      Hukum gerakan Newton pertama menyatakan bahawa sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya, iaitu dalam keadaan pegun atau keadaan gerakan dengan halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas objek tersebut.

 

4.      Sesuatu objek yang pegun akan tetap pegun dan memerlukan satu daya luar untuk menggerakkan objek itu.

 

5.      Sesuatu objek yang bergerak dengan halaju seragam akan tetap bergerak dengan halaju seragam sepanjang garis lurus dan memerlukan daya luar bagi mengubahkan keadaan objek tersebut.

 

Kesilapan Umum Pelajar

Kesilapan : Suatu objek yang sedang bergerak memerlukan satu daya untuk meneruskan gerakannya.
 
Sebenarnya : Jika tiada daya luar, biasanya daya geseran yang menentang gerakan objek itu, objek itu akan terus bergerak dengan halaju seragam.
 
Kesilapan : Sesuatu objek adalah pegun sekiranya tiada daya luar yang bertindak ke atasnya.
 
Sebenarnya : Objek itu mungkin sedang bergerak dalam halaju seragam.

powered by lycos
SEARCH:Tripod The Web

Last updated on